Bapa Faizal, Fitri meninggal dunia

Faizal (kanan) dan Fitri (kiri) bersama bapa mereka, Saari Zakaria.
Faizal (kanan) dan Fitri (kiri) bersama bapa mereka, Saari Zakaria.
A
A
A

BAPA kepada dua beradik pemain Pasukan Hoki Terengganu (THT) - Faizal Saari dan Fitri Saari meninggal dunia pada Isnin.

Allahyarham Saari Zakaria menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.15 pagi tadi, menurut satu hantaran di laman Facebook ‘Saari Pomen’, yang difahamkan adalah akaun peribadi bapa kedua-dua pemain berkenaan.

“Assalamualaikum...saya anak kepada Saari Zakaria, minta sedekahkan Al Fatihah kepada arwah abah saya, beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 28 Jun pukul 11.15 pagi. Kalau arwah abah saya ada hutang minta halal atau boleh WhatsApp 0142118010,” menurut hantaran berkenaan.

Semakan Bernama mendapati satu hantaran pada 23 Jun lepas oleh wakil keluarga mereka di akaun sama juga memaklumkan arwah Saari disahkan menghidap angin ahmar di bahagian otak pada 21 Jun.

Sementara itu, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu hantaran di laman Facebook menyatakan Allahyarham Saari meninggal dunia di Rantau Panjang, Kelantan.

KHM juga mengambil kesempatan menzahirkan takziah kepada keluarga Saari dan mendoakan agar mereka tabah menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang selain mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Badan induk sukan hoki kebangsaan itu pada masa sama memberitahu bahawa Allahyarham Saari adalah seorang yang sangat mencintai hoki tanah air selain sering memberikan sokongan tanpa henti kepada sukan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: