Kerajaan bangunkan Program Pupuk

Orang ramai menyaksikan perutusan Perdana Menteri melalui telefon pintar pada pengumuman khas Pemulih yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan, hari ini. - Foto Bernama
Orang ramai menyaksikan perutusan Perdana Menteri melalui telefon pintar pada pengumuman khas Pemulih yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan telah membangunkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (Pupuk) sebagai inisiatif menyeluruh dan bersetuju memperuntukkan RM 300 juta kepada usahawan tempatan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan tersebut diberi sebanyak RM200 juta kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan RM100 juta untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurutnya, inisiatif pertama adalah meneruskan kempen ‘Shop Malaysia Online’ dan ‘Go-eCommerce Onboarding’ dengan sasaran lebih 300,000 peniaga mikro seperti peniaga bazar, pasar tani, pasar malam dan warung serta pengusaha kraftangan untuk beralih ke perniagaan dalam talian dan menggunakan sistem e-tunai.

“Kedua, menambah peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah SME Digitalisation Grant bagi membolehkan usahawan PKS mendapat geran padanan sehingga RM5,000 untuk pembelian sistem atau langganan platform digital.

“Ketiga, menggalakkan penyertaan PKS mikro menceburi platform e-dagang melalui program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil yang diterajui SKMM,” katanya semasa mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerjasama strategik antara penyedia platform digital, syarikat telekomunikasi serta Pusat Internet Komuniti (PIK) akan diperkasakan untuk membantu usahawan luar bandar terlibat dalam ekonomi digital.

“Keempat, memperkasa usahawan tani khususnya di luar bandar untuk menggunakan teknologi terkini di bawah Program Digitalisasi dan Transformasi Sektor Pertanian.

“Program ini yang akan dilaksanakan melalui kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan mengenal pasti petani yang berpotensi untuk beralih ke platform teknologi baharu," katanya.

Artikel Berkaitan: