Ku Li ajak rakyat tandatangan petisyen desak Parlimen diadakan segera

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengajak rakyat di negara ini untuk menandatangani petisyen bagi mendesak supaya sidang Parlimen diadakan segera atau sebelum darurat tamat pada 1 Ogos ini.

Jelas veteran UMNO itu, rakyat perlu bangkit menyokong petisyen berkenaan kerana ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahukan Parlimen bersidang segera.

Beliau berkata, kewajaran petisyen itu dibuat adalah bagi membolehkan segala masalah berkaitan Covid-19, pengisytiharan darurat, ekonomi rakyat dan pelbagai lagi dapat dibahas di Dewan Rakyat.

"Kita mahu Parlimen bersidang sebelum tamatnya darurat pada 1 Ogos. Jangan kita tunggu sehingga bulan Oktober, lewat daripada Oktober itu bukan dia (tidak seharusnya berlaku).

"Ini (jika darurat dilanjutkan) bukan lagi soal hendak kepada kuasa, hendak kepada kawal Covid-19 tetapi hendak kawal benda lain yang tidak ada sangkut paut dengan kedudukan rakyat di Malaysia ini," katanya ketika melancarkan Petisyen Rakyat Desak Segerakan Sidang Parlimen Sebelum Tamat Darurat menerusi Facebooknya pada Isnin.

Menurut Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li itu, sidang Parlimen adalah pentas terbaik untuk membahaskan segala usul berkaitan krisis yang melanda negara ketika ini kerana jalan penyelesaian segera perlu diambil.

Katanya, melalui sidang Parlimen itu juga membolehkan semak dan imbang dilakukan kerana dakwanya banyak kegagalan berlaku sepanjang tempoh darurat dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: