Kerajaan kekalkan harga runcit RON95, diesel dan LPG

Muhyiddin - Foto Bernama
Muhyiddin - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan terus mengekalkan harga runcit petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka membabitkan subsidi lebih RM6 bilion tahun ini.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) sebentar tadi.

Beliau berkata, kerajaan juga akan melaksanakan Harga Kawalan berasas nilai ambang Crude Palm Oil bagi tangani kenaikan harga minyak masak botol 1 kilogram hingga 5 kilogram.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: