X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Liridon yakin kebangkitan Harimau Malaya

Liridon (tengah) ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan baru-baru ini.
A
A

PEMAIN naturalisasi negara, Liridon Krasniqi percaya pasukan Harimau Malaya akan mampu bangkit selepas aksi kurang memberangsangkan dalam kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Menurut Liridon, dia yakin dengan barisan pemain yang ada selain pihak pengurusan akan membawa Harimau Malaya melangkah lebih jauh pada masa akan datang.

"Malangnya keputusan tidak seperti yang diharapkan (ketika kempen kelayakan), namun saya percaya dengan pemain yang ada dan pengurusan untuk memastikan Harimau Malaya lebih kuat pada masa akan datang.

"Saya tidak sabar untuk melihat apa yang bakal berlaku pada masa hadapan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Prestasi Liridon bersama Harimau Malaya ketika kempen kelayakan tersebut menerima kritikan daripada peminat bola sepak negara dengan menyifatkan pemain kelahiran Kosovo itu tidak mempunyai kualiti untuk bermain bersama pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun, Liridon tidak mahu terlalu memikirkan kritikan tersebut selain bersyukur kerana diberikan peluang untuk mewakili Harimau Malaya.

"Terima kasih dengan peluang utnuk mewakili sebuah negara yang cantik ini. Sudah menjadi impian saya sejak sekian lama berada di Malaysia dan bersyukur dapat bermain dengan rakan sepasukan.

"Terima kasih juga atas sokongan, kecintaan dan kebencian yang menjadikan saya semakin kuat," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!