X

Kindly register in order to view this article
!

12 dikompaun sambut hari lahir

Polis mengenakan kompaun terhadap 12 individu kerana membuat aktiviti sosial yang dilarang di sebuah unit kondominium di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A

KUALA LUMPUR - Keseronokan majlis sambutan hari lahir di sebuah unit kondominium di Jalan Raja Chulan, di sini terbantut selepas dikejutkan dengan serbuan polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu dijalankan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kerana disyaki ada kegiatan penyalahgunaan dadah.

"Seramai 12 warga tempatan berusia 26 hingga 35 tahun termasuk lapan wanita telah ditahan untuk pemeriksaan.

"Pemeriksaan lanjut tubuh badan kesemua individu terbabit bagaimanapun tidak menemui barang salah dan ujian air kencing juga adalah negatif," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, siasatan mendapati individu terbabit dijemput oleh salah seorang daripada mereka bagi menyambut majlis hari lahirnya.

"Polis telah mengeluarkan kompaun RM4,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM48,000. Kes disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!