Peningkatan suhu panas di barat laut Kanada

Bandar raya Vancouver di Wilayah British Columbia dilanda dengan suhu panas yang tinggi sejak minggu lalu. - Foto The Canadian Press
Bandar raya Vancouver di Wilayah British Columbia dilanda dengan suhu panas yang tinggi sejak minggu lalu. - Foto The Canadian Press
A
A
A

OTTAWA - Amaran peningkatan suhu panas dikeluarkan pada Ahad oleh perkhidmatan ramalan kaji cuaca Kanada terutamanya kepada penduduk yang tinggal di barat laut negara tersebut.

Lebih 40 suhu panas dicatatkan di wilayah British Columbia, Kanada pada hujung minggu termasuk di bandar Whistler juga di negara tersebut yang terkenal sebagai tempat percutian untuk bermain ski.

Amaran suhu panas itu disiarkan di laman web 'Environment Canada' untuk wilayah British Columbia, Alberta dan sebahagian Saskatchewan, Yukon dan bahagian barat laut negara berkenaan.

Pada pertengahan minggu ini, suhu panas yang setinggi hampir 40 darjah Celcius dijangka berlaku di beberapa wilayah di Kanada.

Dalam pada itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan As mengeluarkan amaran yang sama tentang gelombang panas yang boleh menyebabkan peningkatan suhu di beberapa kawasan di negeri Washington dan Oregon.

Isnin dijangkakan hari paling panas di bandar raya-bandar raya besar seperti Seattle dan Portland dengan kedua-dua bandar raya tersebut mencatatkan suhu tinggi.

Suhu paling tinggi pernah dicatatkan di Kanada ialah 45 darjah Celsius di dua buah bandar di wilayah Saskatchewan pada 5 Julai 1937. - Agensi

Artikel Berkaitan: