'Belanda kecundang kerana kesilapan saya'

de Ligt mengakui kesilapannya menjadi penyebab pasukan The Oranje tewas kepada Republik Czech 2-0 dalam aksi Euro 2020 di Puskas Arena, awal pagi Isnin.
de Ligt mengakui kesilapannya menjadi penyebab pasukan The Oranje tewas kepada Republik Czech 2-0 dalam aksi Euro 2020 di Puskas Arena, awal pagi Isnin.
A
A
A

PERTAHANAN Belanda, Matthijs de Ligt mengakui kesilapannya menjadi penyebab pasukan The Oranje tewas kepada Republik Czech 2-0 dalam aksi Euro 2020 di Puskas Arena pada awal pagi Isnin.

Dalam insiden pada minit ke-55 itu, de Ligt terjatuh dan menyentuh bola dengan tangan untuk mengelakkan penyerang Czech, Patrik Schcik mendapat peluang untuk menjaringkan gol.

Pertahanan tengah Juventus itu pada mulanya dilayangkan kad kuning namun pengadil menukar keputusan melayangkan kad merah selepas melihat rakaman video bantuan pengadil (VAR).

"Kami sebenarnya kalah kerana kesilapan saya. Ia sangat memberikan kesan kepada saya dan sudah tentu ia sangat teruk. Kami berjaya mengawal perlawanan, tetapi pada ketika itu bola melantun dan saya ditolak oleh Schcik dan terpaksa menggunakan tangan untuk menahan bola.

"Akhirnya tindakan saya itu mengubah keseluruhan perlawanan. saya melihat beberapa minit terakhir dan melihat pasukan saya bergelut untuk beraksi dengan baik. Saya perlu menyalahkan diri sendir atas apa yang berlaku," katanya.

"Kami sepatutnya mendapat keputusan lebih baik dengan persembahan pada babak pertama. Pada separuh masa kedua, kami ada peluang satu lawan satu dengan penjaga gol namun kad merah menjadikan perlawanan berbeza.

"Pasukan Czech adalah pasukan yang kuat dan mereka tidak takut untuk menyerang dan kami terpaksa akur dengan kekalahan ini," katanya.

Dalam perlawanan itu, Tomas Holes membuka tirai jaringan selepas 13 minit de Light dibuang padang sebelum Schick memastikan kemenangan Czech menerusi gol pada minit ke-80.

Artikel Berkaitan:

"Kejohanan Euro ini adalah peluang keemasan buat kami, namun jika anda tersingkir dengan situasi seperti ini ia sangat menyakitkan. Kami beraksi baik di peringkat kumpulan tetapi tewas dengan Czech dalam keadaan begini," katanya.

Dalam pada itu, kapten Belanda, Georginio Wijnaldum mengakui pasukan berdepan tekanan selepas de Ligt dilayangkan kad merah tersebut.

"Selepas kad merah itu, ya kami kehilangan penguasaan bola. Kami juga gagal untuk meletakkan tekanan seperti separuh masa pertama. Kami kehilangan segalanya pada separuh masa kedua.

"Sebelum perlawanan kami mendapat banyak kritikan mengenai cara kami bermain, tetapi kami memperbaiki dan meraih keputusan positif di peringkat kumpulan. Namun, apabila kekalahan sebegini berlaku, ia sangat menyedihkan," katanya.