X

Kindly register in order to view this article
!

Ubah kaedah kekang penularan Covid-19: Najib

Najib Razak
A
A

SHAH ALAM - Pendekatan yang diambil kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19 ketika ini perlu diubah dan ditambah baik jika inisiatif yang dilakukan tidak berhasil.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught terus menyaksikan trend peningkatan dan paling tinggi sejak 6 Jun.

Menurut beliau, kadar positif Covid-19 semalam merupakan paling tinggi sepanjang tempoh 27 hari pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“PKP 2.0 sudah gagal. PKP 3.0 dan 3.1 juga gagal. Jangan digagalkan juga,total lockdown, yang telah disambung dua kali.

“Jangan diheret lagi berpanjangan sebab ramai sudah tengah lemas. Jangan bunuh rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir pada Isnin, tidak akan ditamatkan malah mungkin akan diteruskan sehingga pertengahan Julai.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasa pertama Pelan Pemulihan Negara diteruskan: Muhyiddin

Menurut beliau, fasa pertama itu akan dilanjutkan kerana jumlah kes Covid-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!