Tiada kompromi pemandu bas positif dadah!

Mohd Taufik menyampaikan hamper kepada salah seorang ibu tunggal sambil diiringi Che Ibrahim (kiri).
Mohd Taufik menyampaikan hamper kepada salah seorang ibu tunggal sambil diiringi Che Ibrahim (kiri).
A
A
A

GUA MUSANG - Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu bas yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan ketum.

Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Che Ibrahim Che Ismail berkata, perkhidmatan akan ditamatkan serta merta sekiranya terdapat pemandu terlibat dengan gejala berkenaan

"Kita memiliki 250 pemandu dan sehingga kini, belum ada kes pemandu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan pengambilan bahan-bahan terlarang termasuk ketum.

"Setiap bas membawa 48 penumpang dan kita tidak mahu kerana kesilapan pemandu, ia memberi risiko keselamatan terutama nyawa penumpang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program ‘Gateh Mesra’ anjuran E-Mutiara dengan kerjasama Scania Malaysia Sdn Bhd di sini, semalam.

Menurutnya, langkah menamatkan perkhidmatan diambil bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin dan tidak mencemarkan imej syarikat.

"Setiap dua bulan, kita akan melakukan pemeriksaan air kencing dalam kalangan pemandu malah ia dilakukan tanpa hebahan dan pengetahuan mereka.

Sementara itu, program kayuhan basikal melibatkan 40 peserta itu turut melibatkan kerjasama GM Station Sdn Bhd dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, turut diadakan serahan sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal dan anggota keluarga PDRM Gua Musang oleh Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin.