X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Berarak iringi kenderaan mayat, lelaki dikompaun RM10,000

Polis mengenakan kompaun kerana ingkar SOP menjalankan aktiviti perarakan mengiringi kenderaan yang membawa mayat di Taman Tangkak Jaya, pada Ahad. - Foto Polis Tangkak
A
A

TANGKAK - Padah menjalankan aktiviti perarakan mengiringi kenderaan yang membawa mayat, seorang lelaki dikompuan RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Tangkak Jaya, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, kejadian itu dikesan sewaktu sekumpulan pegawai dan anggota dari Balai Polis Tangkak menjalankan tugas pemantauan SOP di sekitar Pekan Tangkak.

Menurutnya, sewaktu tiba di Jalan Bidara 5, Taman Tangkak Jaya pada jam 12.45 tengah hari, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki dan perempuan dipercayai menjalankan aktiviti perarakan mengiringi sebuah kenderaan yang membawa mayat.

“Setelah menahan kenderaan di hadapan, kumpulan yang mengiringi di bahagian belakang kenderaan tersebut telah melarikan diri namun polis berjaya menahan kenderaan yang membawa mayat bersama pemandu tersebut.

“Lelaki berusia 57 tahun itu dikompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan ingkar SOP di bawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dan menegaskan polis akan terus membuat pemantauan berterusan dari masa ke masa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!