X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Hampir 7.4 juta dos vaksin diberi setakat Ahad

Sebanyak 7,395,905 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk di negara ini sehingga Ahad
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,395,905 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk di negara ini sehingga Ahad, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 5,308,849 penerima vaksin dos pertama dan 2,087,056 individu lagi menerima suntikan dos kedua.

“Sebanyak 168,956 suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam. Daripada jumlah ini sebanyak 103,856 merupakan dos pertama manakala 65,100 adalah suntikan dos kedua," katanya dalam hantaran Twitter beliau pada Isnin.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 270,221 diikuti Sarawak (227,292), Johor (222,614), Perak (194,724) dan Kuala Lumpur (170,688). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!