Ecuador bangkit hentikan rentak kemenangan Brazil

Antara aksi menarik perlawanan Brazil, Ecuador di Goiânia pada Isnin.
Antara aksi menarik perlawanan Brazil, Ecuador di Goiânia pada Isnin.
A
A
A

RENTAK kemenangan penyandang juara yang juga pasukan pilihan pertama kejohanan, Brazil dalam 10 perlawanan sejak November 2019 terhenti apabila diikat 1-1 Ecuador dalam aksi Copa America 2021, awal pagi Isnin.

Bagaimanapun keputusan di Stadium Olimpico Pedro Ludovico, Goiânia itu tidak menjejaskan kedudukan skuad Samba kendalian Tite yang telah awal mengesahkan ke saingan kalah mati.

Tampil dengan semangat meneruskan misi rentetan kemenangan, bintang kelab liga Sepanyol, Real Madrid, Eder Militao terlebih dulu meletakkan Brazil di depan hasil tandukan pada minit ke-37 untuk mendahului babak pertama.

Babak kedua menyaksikan skuad kendalian Gustavo Alfaro kembali menyaingi lawan selepas melakukan beberapa perubahan taktikal.

Hasilnya, bintang kelab liga Mexico, León Angel Mena akhirnya meledak gol penyamaan pada minit ke-53 untuk Ecuador.

Keputusan ini menyaksikan Venezuela, yang tewas 0-1 kepada Peru, tersingkir secara automatik selepas empat lagi slot diisi Brazil, Colombia, Ecuador dan Peru dari kumpulan B.

Untuk saingan kumpulan A pula, Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay telah pun mengesahkan slot masing-masing sebelum ini.

Artikel Berkaitan: