Enam lelaki dicekup main poker

Seramai enam lelaki ditahan polis selepas disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Taman Tapah Indah. Gambar hiasan. Gambar kecil: Wan Azharuddin Wan Ismail
Seramai enam lelaki ditahan polis selepas disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Taman Tapah Indah. Gambar hiasan. Gambar kecil: Wan Azharuddin Wan Ismail
A
A
A

TAPAH - Seramai enam lelaki ditahan polis selepas disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Taman Tapah Indah, di sini pada Sabtu.

Difahamkan seorang pemimpin bahagian sebuah parti tempatan antara yang dicekup dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, serbuan itu dilakukan setelah menerima maklumat daripada orang awam berhubung aktiviti tersebut.

"Kesemua individu yang berusia 38 hingga 56 tahun itu ditahan selepas disyaki bermain judi jenis poker.

"Polis turut merampas daun terup dan wang tunai berjumlah RM1,774," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, suspek yang didapati melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 direman selama sehari untuk siasatan lanjut.

"Bagaimanapun, kesemua tangkapan telah diberi jamin polis.

"Kes di siasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Artikel Berkaitan:

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa patuh kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar," katanya.