Jumpa duit bertaburan atas jalan

Razak bersama wang yang ditemui bertaburan di atas jalan di Kampung Peramu Baru dekat Tanjung Lumpur pada Ahad.
Razak bersama wang yang ditemui bertaburan di atas jalan di Kampung Peramu Baru dekat Tanjung Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Seorang kakitangan Yayasan Pahang, Razak Daud, 61, menemui wang berjumlah RM205 yang dipercayai milik penghantar makanan bermotosikal di Kampung Peramu Baru dekat Tanjung Lumpur, di sini kira-kira jam 6 petang, Ahad.

"Saya tak pasti bagaimana kejadian berlaku kerana tiba-tiba saya nampak duit bertaburan sebelum saya berhenti kutip duit tersebut.

"Namun, ketika itu yang ada di hadapan kereta saya ialah sebuah motosikal Grab, jadi saya beranggapan mungkin duit jatuh dari motosikal terbabit.

"Saya harap dapat jumpa pemiliknya kerana sedar dalam musim pandemik Covid-19, semua orang amat perlukan duit," katanya pada Sinar Harian.

Ujarnya, pemilik wang tersebut boleh menghubunginya di talian 019-9184566 untuk menuntut kembali wang tersebut.

Artikel Berkaitan: