Irmohizam dilantik Profesor Pelawat di Universiti Huaqiao

Irmohizam
Irmohizam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Profesor Pelawat di Center of Malaysia Scholars, Kolej Perhubungan Antarabangsa, Universiti Huaqiao, Fujian, China.

Pelantikan berkenaan bagi tempoh satu penggal iaitu selama lima tahun berkuat kuasa 7 Jun lalu.

Irmohizam dalam satu kenyataan berkata, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Universiti Huaqiao atas pelantikan itu.

“Saya amat berbesar hati untuk melaksanakan mandat yang telah diberikan.

"Peluang ini sangat baik kerana saya lihat terdapat pelbagai peluang untuk berkolaborasi antara kedua-dua buah universiti tempatan di Malaysia dan Universiti Huaqiao,” jelas Irmohizam.

Menerusi pelantikan itu juga jelas Irmohizam dapat memanfaatkan perkongsian budaya dan kecemerlangan akademik untuk pelajar.

“Saya berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang ini dan menyumbang bakti di universiti berprestij ini,” katanya.

Universiti Huaqiao ditubuhkan oleh pemerintah pusat negeri China pada tahun 1960 dan merupakan antara universiti terawal di Republik Rakyat China yang menerima bilangan pelajar Malaysia yang ramai.

College of International Relations pula ditubuhkan pada bulan April 2015 yang kini ditadbir oleh Dekan Kehormat kolej iaitu Li Zhaoxing yang juga merupakan mantan Menteri Luar Negeri China.

Artikel Berkaitan:

Mempunyai 62 cawangan di seluruh dunia termasuk cawangan di Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura, Myanmar, Kemboja, Amerika Syarikat, Jepun dan di negara lain termasuk wilayah Hong Kong, Macau dan Taiwan.

Kolej itu juga melahirkan beberapa tokoh dunia antaranya Juara Olimpik Lin Dan, Chen Long dan Li Xuerui.