Lelaki ditahan bersama 120 bungkus air ketum

120 bungkus air ketum dirampas dalam serbuan semalam.
120 bungkus air ketum dirampas dalam serbuan semalam.
A
A
A

BAYAN BARU - Dua lelaki ditahan bersama 120 bungkusan air ketum bernilai kira-kira RM600 dalam satu serbuan di Sungai Kluang di sini, semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 23 dan 43 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari di lokasi yang dipercayai menjadi port mendapatkan bekalan cecair itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 43 tahun berkenaan dan membuat pemeriksaan termasuk di kawasan semak.

"Kita menemui tong oren di kawasan semak di tepi pagar Sungai Kluang dan di dalam tong itu terdapat 120 bungkus plastik lutsinar berikat getah disyaki mengandungi air ketum.

"Seorang lelaki yang berusia 23 tahun yang berada di kawasan dipercayai dijadikan port mendapatkan bekalan ketum dan melepak itu turut ditahan," katanya.

Menurutnya, kedua-duanya dibawa ke balai polis untuk semakan rekod, dokumentasi dan ujian saringan awal urin.

"Lelaki berusia 43 tahun yang berasal dari Bruas itu sudah berkahwin namun tidak mempunyai pekerjaan. Bagaimanapun, semakan dilakukan tidak menemukan sebarang rekod lampau.

"Ujian saringan urin dilakukan terhadap kedua-dua lelaki itu pula didapati negatif dadah. Bagaimanapun, kes ini disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

Anbalagan berkata, serbuan berkenaan dilakukan selepas risikan dilakukan anggota selama seminggu.

Artikel Berkaitan: