X

Kindly register in order to view this article
!

#Ibunisasi inisiatif kerajaan tiada yang tercicir

Seramai 110,000 wanita hamil di negara ini telah mendaftar dengan aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] #Ibunisasi atau vaksinasi untuk golongan wanita hamil merupakan inisiatif proaktif dan responsif kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang tercicir dalam usaha negara melawan virus Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif kerajaan itu adalah selari dengan panduan klinikal yang dikeluarkan oleh pembekal vaksin tentang pemberian vaksin kepada kumpulan itu, seterusnya dikaji dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

“Setakat ini 110,000 wanita hamil telah mendaftar dengan MySejahtera di seluruh negara sejak opsyen khas ini dibuka pada 1 Jun lalu. Saya turut difahamkan bahawa janji temu vaksinasi juga cuba disesuaikan sebaik mungkin dengan tarikh bersalin,” katanya menerusi laman sosial Facebook pada Ahad.

Terdahulu, Muhyiddin meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya, yang dikhususkan untuk wanita hamil.

Menurutnya hujung minggu ini sahaja lebih 6,000 wanita hamil sudah menerima vaksinasi di dua PPV sekitar Lembah Klang iaitu di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dan Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Beliau bersyukur kerana ramai wanita hamil yang tampil untuk melindungi diri, dengan disokong oleh pasangan dan keluarga masing-masing untuk mendapatkan vaksin.

“Saya dapati proses pemberian vaksin bermula daripada pendaftaran sehingga selepas disuntik berjalan lancar dan rata-rata kaum ibu yang ditemui menyatakan mereka berpuas hati kerana tidak perlu menunggu terlalu lama, dewan PPV luas dan selesa,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!