Kluster tempat kerja perlu dihentikan: Pemuda Pas

Khairil Nizam Khirudin
Khairil Nizam Khirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas menegaskan bahawa kluster tempat kerja perlu dihentikan dan operasi perkilangan yang dikenalpasti hendaklah ditutup serta merta selama dua minggu.

Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ini kerana kegagalan sektor perkilangan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) telah membantutkan usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19.

“Kerajaan memerlukan kerjasama semua pihak mematuhi SOP yang digariskan bagi memastikan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun baru-baru ini berjaya,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa terdapat 14 kluster baharu kes Covid-19 dengan jumlah kes harian sebanyak 5,803 pada Sabtu.

Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, sembilan daripada 14 kluster kes Covid-19 tersebut adalah daripada kluster tempat kerja.

Mengulas lanjut, Khairil Nizam berkata, pihaknya juga mencadangkan agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil strategi ‘lockdown bersasar’ yang lebih ketat dan melonggarkan SOP di daerah-daerah yang berstatus hijau.

“Rakyat yang patuh pada SOP tidak harus dihukum akibat kegagalan pihak lain. Saya yakin kerajaan mampu membuat keputusan terbaik demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan: