X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

'Tunggu pengumuman rasmi pemilihan UMNO'

Ahmad ( tengah) melawat Peladang Outlet di PPK Ayer Baloi pada Ahad.
A
A

PONTIAN - UMNO dijangka akan membuat pengumuman rasmi berhubung pemilihan parti itu dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kedudukan pemilihan parti akan dihuraikan menerusi pengumuman yang akan dibuat kelak.

"Selagi belum ada pengumuman rasmi mengenai kedudukan pemilihan UMNO, jangan sebut ada pemilihan atau tidak.

" Jangan juga cakap boleh atau tidak boleh adakan pemilihan, tunggu dulu pengumuman rasmi dibuat," katanya ketika ditemui sewaktu mengadakan lawatan di Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK) Ayer Baloi Kampung Parit Panjang di sini pada Ahad.

Sebelum itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan parti itu menangguhkan pemilihan parti yang dicapai menerusi satu resolusi yang dibuat secara dalam talian.

Katanya, penangguhan itu diluluskan minggu lalu selepas majoriti ahli MKT bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Tajuddin berkata, tempoh lanjutan pemilihan selama 18 bulan itu adalah tempoh maksimum dan ia mungkin menjadi lebih singkat bergantung kepada perkembangan semasa.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden UMNO pada Jun 2018 bagi tempoh tiga tahun iaitu sehingga Jun 2021. Beliau memperoleh 93 undi bahagian menewaskan empat calon yang lain termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!