X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Kes baharu Covid-19 kekal catat angka lebih 5,000

Kes positif baharu Covid-19 di negara ini kekal catat angka lebih 5,000 apabila 5,586 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 5,586 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kes negara ini 734,048 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan negeri yang tertinggi dengan 2,212 kes diikuti Kuala Lumpur (628), Sarawak (513), Negeri Sembilan (501), Melaka (380), Johor (312), Perak (229) dan Sabah (190).

Beliau berkata, Pulau Pinang merekodkan 138 kes, Kelantan (133), Kedah (129), Perak (118), Labuan (83), Terengganu (16), Putrajaya (4) dan tiada kes baharu di Perlis.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, KKM merekodkan 4,777 kes sembuh daripada Covid-19 bersamaan dengan 91.0 peratus sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya 667,709 kes.

Katanya, sebanyak 886 kes jangkitan yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 446 kes lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Sebanyak 60 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan 20 kes di Selangor, 16 kes di Kuala Lumpur, enam kes di Kelantan, lima kes di Johor, empat kes di Negeri Sembilan dan tiga kes di Sarawak.

“Selain itu, masing-masing dua kes di Melaka dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Kedah serta Labuan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 17 kluster baharu Covid-19 telah dikenal pasti sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 2,772 kluster.

Tambahnya, jumlah kluster yang telah tamat adalah 1,898 kluster manakala 874 kluster lagi masih aktif.

"17 kluster tersebut membabitkan sembilan kluster tempat kerja, komuniti (enam) manakala masing-masing satu kluster melibatkan pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!