'Saya belum terima surat saman'

Hasnul Zulkarnain
Hasnul Zulkarnain
A
A
A

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengakui masih belum menerima notis tuntutan daripada Syarikat Makmur Cemerlang Sdn Bhd berikutan pendedahan yang dibuat berhubung isu tanah seluas 18.8 hektar di Kuala Bagan Tiang, Parit Buntar.

Menurutnya, tiada sebarang surat yang dihantar kepadanya setakat ini seperti yang didakwa pihak syarikat terbabit.

Beliau berkata, pihaknya bersedia dengan sebarang kemungkinan di atas pendedahan yang dibuat sebelum ini demi kepentingan rakyat.

"Tak ada, saya tak terima apa-apa setakat ini. Apa pun yang berlaku, saya bersedia untuk ke mahkamah.

"Saya perjuangkan nasib nelayan pantai yang mahukan hak mereka dibela dan melindungi ekosistem daripada kerosakan oleh tangan-tangan yang rakus mengumpul kekayaan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian bahawa Syarikat Makmur Cemerlang Sdn Bhd telah memulakan proses undang-undang terhadap wakil rakyat itu kerana menjejaskan reputasi dan tanggapan awam terhadap syarikat tersebut.

Pengarah syarikat berkenaan, Ahmad Adenan Said menjelaskan notis tuntutan dihantar bagi meminta ADUN terbabit memadam hantaran di Facebook tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka selain menuntut sejumlah ganti rugi.

Isu tersebut sebelum ini dibangkitkan beberapa pihak antaranya Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof termasuklah Hasnul Zulkarnain yang turut turun padang meninjau kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak juga turut bertindak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN AMK lapor SPRM Exco Perak salah guna kuasa

'Kami sewa tanah, bukan anugerah kerajaan'