Wan Saiful kritik sikap Anwar suka berubah-ubah

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mengkritik sikap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang suka mengubah definisi atau takrifan sesuatu isu mengikut kehendak peribadi.

Wan Saiful berkata, pemimpin pembangkang itu akan mengeluarkan pelbagai tuduhan sekiranya sesuatu isu tidak selari dengan kemahuannya.

“Kononnya mempergunakan, memperalatkan dan macam-macam lagi. Tapi bila selari dengan apa yang dia hendak, maka dia akan puji bahawa inilah integriti, inilah adil, inilah prihatin.

“Ringkasnya, kalau nak jadi baik mesti ikut cakap dia. Kalau tak ikut cakap dia, semuanya buruk.

“Ubah definisi ikut sedap rasa ni adalah taktik lama yang sudah basi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad bagi mengulas tuduhan Anwar yang mendakwa terdapat usaha menggunakan Pejabat Peguam Negara dan Pejabat Speaker Parlimen bagi melengahkan sesi Parlimen.

Beliau menegaskan bahawa taktik mengubah definisi itu tidak lagi kuat dan meyakinkan walaupun dalam jajaran politik yang baharu.

Artikel Berkaitan: