X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Lebih 7.2 juta dos vaksin Covid-19 diberikan: Dr Adham

Sebanyak 7,226,949 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk di negara ini sehingga semalam berbanding 7,039,072 dos pada hari sebelumnya,
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,226,949 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk di negara ini sehingga semalam berbanding 7,039,072 dos pada hari sebelumnya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 5,204,993 penerima vaksin dos pertama dan 2,021,956 individu lagi menerima suntikan dos kedua.

“Sebanyak 187,877 suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, daripada jumlah ini sebanyak 132,279 merupakan dos pertama manakala 55,598 adalah suntikan dos kedua," katanya dalam hantaran Twitter beliau pada Ahad.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 268,730 diikuti Sarawak (212,978), Johor (211,797), Perak (187,852) dan Kuala Lumpur (170,621). - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!