Saudi lantik duta wanita pertama

Puteri Reema
Puteri Reema
A
A
A

RIYADH - ARAB SAUDI. Kerajaan Arab Saudi telah melantik anak perempuan bekas ketua perisik terkenal sebagai duta baharu ke Amerika Syarikat (AS).

Pelantikan Puteri Reema itu dibuat selepas menerima dekri diraja, semalam.

Reema yang menetap di Washington untuk tempoh yang alam akan menjadi duta wanita pertama Saudi.

Bapanya, Bandar Sultan pernah berkhidmat sebagai Duta Saudi ke AS selama 22 tahun dan tempoh tersebut berakhir pada 2005 selain dilantik sebagai ketua perisik antara 2012 dan 2014.

Pelantikan tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada dekri diraja yang turut menyaksikan bekas duta Saudi, Putera Khaled Salman dilantik sebagai timbalan kepada Putera Mahkota Mohammed dalam kementerian pertahanan. - Press TV

Artikel Berkaitan: