Mancini sudah jangka tentangan sengit Austria

Pemain Itali, Andrea Belotti, cuba melepasi kawalan pertahanan Austria pada aksi kalah mati Euro 2020 pada Ahad. - Foto EPA
Pemain Itali, Andrea Belotti, cuba melepasi kawalan pertahanan Austria pada aksi kalah mati Euro 2020 pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini mengakui pihaknya telah menjangkakan cabaran getir ketika berdepan Austria pada aksi kalah mati pada Ahad berbanding aksi berdepan Belgium atau Portugal pada aksi suku akhir kelak.

Menurut Mancini, jangkaannya ternyata tepat apabila skuad The Azzurri itu dilihat agak bergelut untuk menewaskan skuad The Team itu sehingga menyaksikan perlawanan diheret hingga ke masa tambahan.

“Kami telah menjangkakan tentangan sengit ketika berdepan Austria dan ia menjadi kenyataaan apabila ramai pemain berpotensi dapat disaksikan pada perlawanan kali ini.

“Betul, Austria bukannya pasukan yang bagus seperti mana pasukan yang akan kami tentang pada suku akhir nanti (Belgium atau Portugal), tetapi mereka (Austria) benar-benar memberikan tentangan hebat kepada kami.

“Kami juga tahu, sekiranya kami menjaringkan gol pada separuh masa pertama, keadaan mungkin akan berubah, tetapi kami gagal melakukannya dan ‘terheret’ sama hingga ke masa tambahan sebelum akhirnya menang 2-1,” katanya.

Pada aksi berkenaan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan hingga tambat masa sebenar sebelum Itali menjaringkan gol pada minit ke-95 menerusi Federico Chiesa dan Matteo Pessina (min-105) manakala pemain Austria, Sasa Kaladzic merapatkan jurang gol pada minit ke-114.

Dalam pada itu, Mancini tetap mengingatkan kesebelasan pemainnya untuk tetap memberikan fokus untuk beraksi pada saingan suku akhir kelak biarpun kebanyakan pemain telah biasa berdepan dengan penyerang Portugal Cristiano yang beraksi dengan Juventus mahu pun penyerang Belgium, Romelu Lukaku (Inter Milan) dalam saingan Serie A.

“Saya tahu pemain-pemain saya ramai yang telah ‘biasa’ berdepan dengan mereka ini dalam saingan Serie A.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi itu bukannya alasan untuk beraksi sambil lewa, kerana beraksi di saingan suku akhir pastinya sesuatu yang berbeza kerana semua pemain pastinya mahu memberikan aksi yang terbaik bagi memastikan pasukan masing-masing layak ke peringkat seterusnya,” katanya.