X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan sesekali remehkan ancaman Republik Czech

Daley Blind memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya tidak terlalu yakin akan pendekatan menentang Republik Czech pada Pusingan 16 Terbaik Euro 2020 di Budapest pada Isnin.
A
A

PEMAIN veteran Belanda, Daley Blind memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya tidak terlalu yakin akan pendekatan menentang Republik Czech pada Pusingan 16 Terbaik Euro 2020 di Budapest pada Isnin.

Belanda mendahului Kumpulan C dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan sementara Czech di tempat ketiga di Kumpulan D dengan empat mata tetapi Blind waspada terhadap ancaman yang ditimbulkan oleh lawan mereka yang sukar.

"Kami tidak dapat meremehkan pasukan seperti Republik Czech yang berstatus bukan pilihan, namun penuh dengan pelbagai kejutan pada fasa ini.

"Saya faham angka-angka dalam keputusan pada masa lalu tidak memihak The Oranje sebelum ini. Namun, itu tidak boleh menjadi alasan untuk pasukan ini tidak berada pada terbaik untuk perlawanan tersebut.

Belanda tersingkir dari kelayakan Euro 2016 oleh Republik Czech yang mengalahkan mereka di tempat sendiri dan di tempat lawan.

Tegas Blind, misi balas dendam mungkin terma terlalu keras untuk salah satu perlawanan berintensiti tinggi pada pusingan 16 terbaik ini.

"Balas dendam mungkin terlalu keras untuk digunakan mengenai pendekatan kami tetapi kami telah bekerja keras untuk sampai ke sini dan kami benar-benar menantikan fasa seterusnya.

"Dalam kumpulan ada peluang untuk bangkit semula jika semuanya tidak berjalan lancar tetapi dalam fasa kalah mati tidak ada ruang melakukan kesalahan.

"Yang penting sekarang adalah hasilnya dan tekanan yang berbeza dengan apa yang kami alami dalam fasa kumpulan. Tetapi ia tidak mengubah persiapan kami. Kami masih membuat persiapan dengan sebaik mungkin, dan itu tidak akan berbeza dengan apa yang kami lakukan menjelang pertandingan lain," jelas Blind.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!