Zahid kekal Presiden UMNO sehingga 2023

Ahmad Zahid akan kekal sebagai Presiden UMNO apabila pemilihan parti itu ditangguhkan selama 18 bulan sehingga awal 2023.
Ahmad Zahid akan kekal sebagai Presiden UMNO apabila pemilihan parti itu ditangguhkan selama 18 bulan sehingga awal 2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan kekal sebagai Presiden UMNO apabila pemilihan parti itu ditangguhkan selama 18 bulan sehingga awal 2023.

Penangguhan pemilihan UMNO itu disahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Menurut Tajuddin, penangguhan itu diluluskan minggu lalu selepas majoriti ahli MKT bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Menurut beliau, keputusan itu dicapai menerusi satu resolusi yang dibuat secara dalam talian.

“Penangguhan pemilihan ini sudah diluluskan apabila majoriti ahli MKT menandatangani ‘circular resolution’ yang dibuat secara dalam talian.

“Hanya dua orang ahli MKT yang tidak tandatanganinya,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO ikrar tak akan sokong undi tidak percaya terhadap Muhyiddin

Mengulas lanjut, Tajuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata, keputusan itu selaras dengan perlembagaan UMNO yang membenarkan pemilihan ditangguhkan maksimum selama 18 bulan selepas tempoh kepimpinan sedia ada tamat.

Artikel Berkaitan:

“Resolusi ini dibuat sebelum tempoh kepimpinan yang ada kini berakhir pada 30 Jun ini.

“Keputusan ini dicapai tanpa paksaan sebaliknya berdasarkan pertimbangan terhadap situasi semasa,” katanya.

Tajuddin
Tajuddin

Beliau menegaskan, UMNO ketika ini memberi tumpuan untuk membantu rakyat yang menderita ekoran pandemik Covid-19.

Justeru, katanya, UMNO mengambil pendirian untuk mengetepikan seketika soal politik demi melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat.

“Saya juga sentiasa ingatkan kawan-kawan dalam MKT dan ketua-ketua bahagian agar sentiasa mengutamakan rakyat dalam apa juga tindakan yang dilakukan.

“Seperti saya sendiri, walaupun saya Pengarah Pilihan Raya UMNO, tetapi fokus diberikan untuk membantu rakyat di samping melakukan kerja-kerja persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Tajuddin berkata, tempoh lanjutan pemilihan selama 18 bulan itu adalah tempoh maksimum dan ia mungkin menjadi lebih singkat bergantung kepada perkembangan semasa.

Ahmad Zahid dipilih sebagai Presiden UMNO pada Jun 2018 bagi tempoh tiga tahun iaitu sehingga Jun 2021. Beliau memperolehi 93 undi bahagian menewaskan empat calon yang lain termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PRU15 perlu diadakan selewat-lewatnya pada 16 September 2023.