Sokongan terhadap Eriksen bantu Denmark mara

Pengendali Denmark, Kasper Hjulmand meraikan kejayaan Denmark ke suku akhir Euro 2020.
Pengendali Denmark, Kasper Hjulmand meraikan kejayaan Denmark ke suku akhir Euro 2020.
A
A
A

PENGENDALI Denmark, Kasper Hjulmand menyifatkan sokongan seluruh dunia terhadap Denmark ketika ini berikutan insiden pemainnya, Christian Eriksien yang diserang sakit jantung (cardiac arrest) pada aksi pembukaan Kumpulan Euro, 13 Jun lalu dilihat sebagai antara faktor utama yang membantu skuad berkenaan mara ke saingan suku akhir.

Hjulmand berkata, insiden berkenaan yang menyebabkan Eriksen terpaksa dikejarkan ke hospital setelah rebah secara tiba-tiba ketika berdepan Finland pada aksi pembukaan berkenaan telah menarik perhatian peminat bola sepak dari seluruh dunia.

Justeru menurutnya, insiden berkenaan dilihat telah mengubah banyak perkara khususnya melibatkan dari segi persiapan pasukan bagi mengharungi saingan Euro kali ini.

“Apabila Eriksen (Christian), rebah pada aksi pembukaan dengan Finland sebelum ini, ketika itulah segala-galanya berubah buat saya (dan juga pasukan).

“Saya dapat rasakan, kami kini berasa pada situasi yang cukup berbeza. Oleh itu, kami berterima kasih atas segala sokongan serta kasih sayang daripada semua pihak.

Pemain Denmark meraikan kemenangan 4-0 ke atas Wales bersama penyokong.
Pemain Denmark meraikan kemenangan 4-0 ke atas Wales bersama penyokong.

“Kesemua itu memberikan kami semangat untuk meneruskan aksi pada Euro kali ini dan mara ke suku akhir adalah sesuatu yang luar biasa!” katanya.

Untuk rekod, Denmark mula mendapat perhatian dunia khususnya daripada peminat bola sepak, apabila kapten skuad The Danish Dynamite itu, Christian Eriksen dikejarkan ke hospital setelah rebah secara tiba-tiba pada aksi pembukaan Kumpulan B Euro 2021 berdepan Finland 13 Mac lalu di Stadium Parken, Copenhagen.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun berdasarkan laporan, keadaan Eriksen kini dilaporkan stabil dan pemain berkenaan masih berada di hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Hjulmand berharap skuad kendaliannya itu akan terus cemerlang pada aksi suku akhir nanti untuk layak beraksi lebih jauh dalam saingan Euro kali ini.

“Kami memulakan saingan Euro 2020 dengan tidak begitu baik apabila tewas 0-1 kepada Finland pada aksi pembukaan dan 1-2 kepada Belgium selepas itu.

“Bagaimanapun, kami bangkit pada aksi ketiga dengan kemenangan 4-1 ke atas Rusia dan kemudiannya membenam Wales, 4-0 pada aksi kalah mati bagi mengesahkan slot ke suku akhir,” katanya.