Denmark melangkah bergaya ke pentas lapan terbaik

Pemain Denmark meraikan kejayaan mara ke suku akhir Euro 2020 bersama penyokong di Johan Cruyff Arena, Amsterdam, pada Ahad. - Foto EPA
Pemain Denmark meraikan kejayaan mara ke suku akhir Euro 2020 bersama penyokong di Johan Cruyff Arena, Amsterdam, pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

BEKAS juara edisi Euro 1992, Denmark muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke suku akhir selepas membelasah Wales 4-0 pada aksi Pusingan 16 Terbaik Euro 2020 di Johan Cruiyff Arena, Amsterdam pada awal pagi Ahad.

Skuad The Danish Dynamite itu membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi Kasper Dolberg hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol The Dragons, Danny Ward.

Pemain Denmark, Andreas Cornelius (kiri) and Martin Braithwaite meraikan kejayaan mara ke suku akhir Euro 2020 setelah menewaskan Wales 4-0 pada Ahad.
Pemain Denmark, Andreas Cornelius (kiri) and Martin Braithwaite meraikan kejayaan mara ke suku akhir Euro 2020 setelah menewaskan Wales 4-0 pada Ahad.

Dolberg kemudiannya menjaringkan gol kedua Denmark pada minit ke-48 apabila memanfaatkan kesilapan pertahanan Wales dengan merembat deras dari jarak dekat bagi menewaskan Ward.

Joakim Maehle kemudiannya menjadikan kedudukan 3-0 menerusi jaringannya pada minit ke-88 sebelum Martin Braithwaite melengkapkan kemenangan bergaya Denmark menerusi gol keempat pada masa kecederaan.

Perlawanan berkenaan bagaimanapun dicemari dengan insiden layangan kad merah kepada pemain Wales, Harry Wilson pada minit ke-90 kerana mengasari Maehle.

Pemain-pemain Denmark meraikan kejayaan mara ke pentas lapan terbaik Euro 2020 setelah membelasah Wales 4-0 di Amsterdam. - Foto EPA
Pemain-pemain Denmark meraikan kejayaan mara ke pentas lapan terbaik Euro 2020 setelah membelasah Wales 4-0 di Amsterdam. - Foto EPA

Untuk rekod aksi final edisi Euro 1992 di Stadium Ullevi, Gothenburg, Sweden pada 26 Jun 1992, Denmark membenam cabaran gergasi dunia Jerman 2-0 menerusi jaringan epik

Artikel Berkaitan:

John Jensen dan Kim Vilfort yang disaksikan lebih 37,000 penonton.