Rumah jadi stor barang lusuh musnah terbakar

Keadaan kediaman yang musnah 100 peratus dalam kejadian kebakaran pagi tadi.
Keadaan kediaman yang musnah 100 peratus dalam kejadian kebakaran pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah rumah di Lorong Delapan, Kampung Pandan, yang dijadikan stor simpanan barang-barang lusuh musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Kuala Lumpur, berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 6.40 pagi dan 13 anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat dan Jalan Tun Razak digerakkan ke lokasi kejadian.

Panggilan kecemasan melibatkan kebakaran tersebut diterima pada jam 6.40 pagi.
Panggilan kecemasan melibatkan kebakaran tersebut diterima pada jam 6.40 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah yang dijadikan tempat penyimpanan barang-barang lusuh.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.03 pagi. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.53 pagi dan tiada mangsa yang terlibat,” katanya.