Legenda Jerman desak sisih Sane

Sane (kiri) diasak pemain pertahanan Perancis, Adrien Rabiot semasa aksi Kumpulan F Euro 2020 di Allianz Arena, Munich pada 15 Jun lalu. - Foto AFP
Sane (kiri) diasak pemain pertahanan Perancis, Adrien Rabiot semasa aksi Kumpulan F Euro 2020 di Allianz Arena, Munich pada 15 Jun lalu. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Jerman, Joachim Loew didesak menggugurkan Leroy Sane menjelang aksi menentang England pada Pusingan 16 Terbaik Euro 2020 pada awal Rabu pagi.

Desakan timbul selepas Sane yang menggantikan Thomas Mueller yang mengalami kecederaan lutut tidak berfungsi ketika Jerman menentang Hungary pada aksi terakhir peringkat kumpulan sebelum ini.

Pada saingan Bundesliga, Sane juga berdepan masalah sama sehingga gagal memberikan impak positif kepada Bayern Munich pada musim pertamanya

Bekas legenda tengah Jerman, Stefan Effenberg berkata, Loew perlu segera menyisihkan pemain berusia 25 tahun tersebut dalam kesebelasan utama pasukan dalam aksi menentang England.

“Loew tidak seharusnya menggunakan khidmat Sane, ini kerana dia tidak langsung membantu pasukan, apatah lagi dirinya semasa di padang

“Sane berdepan masalah keyakinan diri semasa di padang, ini menyebabkan dia gagal menyerlahkan potensi dirinya pada tahap terbaik,” kata Effenberg.

Nada sama juga disuarakan legenda Jerman, Lothar Matthaeus yang mendesak Loew mengkaji pilihan lain selain Sane, dengan mengambil pemain tengah Bayern Munich.

“Jogi (Loew) sebenarnya telah salah memilih pemain untuk membawa cabaran Jerman di Euro. Yang penting, pilih pemain Bayern yang menjadi pencetus pasukan ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak hanya mengesyorkan Loew bermula dengan Jamal Musiala, saya mencadangkan permulaan Bayern keseluruhan,” jelas Matthaeus yang pernah menjadi kapten Jerman Barat pada Piala Dunia 1990.