Pembunuh George Floyd dihukum penjara 22 tahun enam bulan

Tindakan kekerasan melampau Chauvin ke atas Floyd turut mencetuskan gelombang protes antiperkauman di seluruh AS. - Foto Agensi
Tindakan kekerasan melampau Chauvin ke atas Floyd turut mencetuskan gelombang protes antiperkauman di seluruh AS. - Foto Agensi
A
A
A

MINNEAPOLIS - Bekas anggota polis, Derek Chauvin pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan enam bulan selepas disabit bersalah membunuh lelaki kulit hitam, George Floyd yang telah mencetuskan gelombang protes di seluruh Amerika Syarikat (AS) sehingga merebak ke beberapa negara.

“Keputusan ini dibuat bukan berdasarkan emosi atau dasar simpati,” kata Hakim Peter Cahill ketika membacakan hukuman itu di sebuah penjara di Minneapolis.

Hukuman itu diputuskan setelah juri mendapati Chauvin, 45, bersalah melakukan pembunuhan ke atas Floyd dengan sengaja pada 20 April lalu selepas protes secara meluas membantah tindakan kekerasan dilakukannya dengan menekan lutut di belakang leher mangsa ketika ditahan pada Mei tahun lalu.

Peguam mewakili keluarga Floyd turut menyambut baik keputusan itu yang disifatkan sebagai langkah bersejarah menuju perdamaian antara kaum.

Sebelum ini, ahli keluarganya menuntut Chauvin dikenakan hukuman maksimum penjara 40 tahun atas perbuatannya. - Agensi

Artikel Berkaitan: