'Lambat tak apa, bilik di Sungai Buloh dulu masih kosong...'

Anwar bersama Calon PH, Muhammad Aiman Zanali di Majlis Chap Goh Meh di Kampung Baru Semenyih malam tadi. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Anwar bersama Calon PH, Muhammad Aiman Zanali di Majlis Chap Goh Meh di Kampung Baru Semenyih malam tadi. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin yang membuat kesalahan tetap perlu dijatuhi hukuman yang setimpal.

Jelasnya, meskipun ada sesetengah kesalahan pemimpin itu lambat untuk dijatuhkan hukuman, namun lambat laun mereka ini tetap akan dihukum diatas kesalahan yang mereka lakukan.

"Saya ingat saya perbincangan dengan Tun Mahathir, beliau kata orang sudah nak marah dengan kita kerana kes lambat sangat.

"Tapi kita kata kita tiada kuasa, kerana hakim kita perlu bebas tak mahu lagi cara lama jadi lambat tak apa kerana bilik itu masih dikosongkan," katanya yang merujuk bilik beliau di penjara Sungai Buloh yang masih kosong sehingga kini.

Anwar sebelum ini sering 'keluar masuk' penjara di atas beberapa dakwaan melakukan kesalahan.

Mengulas lanjut mengenai kisah penjaranya, Anwar berkata beliau seolah-olah baharu sahaja keluar daripada penjara.

"Baharu ini saya jumpa pegawai penjara sebab saya hendak buat jamuan terima kasih kepada dia.

"Kita buat jamuan kerana dia baik jalankan tugas dan jalankan tanggungjawab, jadi di kesempatan itu saya tanya dia lokap saya itu masih kosong ka dia jawab kosong, kalau kosong jaga baik-baik bersih elok elok pasai apa jangan tanya nasiblah siapa pergi situ," katanya berseloroh.

Artikel Berkaitan: