X

Kindly register in order to view this article
!

Lima kilang, 10 premis perniagaan diarah tutup: Ismail Sabri

Ismail Sabri
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak lima kilang dan 10 premis perniagaan telah diarahkan tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP), kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ia berikutan pemeriksaan daripada pasukan Task Force Operasi Pematuhan pada Jumaat yang mana sebanyak 2,224 kilang dan 11,680 premis perniagaan telah diperiksa.

“Seperti yang diumumkan beberapa hari lepas, kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.

“Justeru, hasil daripada pemeriksaan pada Jumaat, sebanyak lima kilang dan 10 premis telah diarahkan tutup selain 12 tangkapan telah direkodkan kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan SOP,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ismail memberitahu, seramai 735 individu juga telah ditahan atas kesalahan ingkar SOP.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, seramai 705 individu dikompaun manakala 30 lagi direman.

“Antara kesalahan yang direkodkan ialah rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran serta makan dan minum di premis (153), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (149) dan tidak memakai pelitup muka (143)

“Selain itu, tiada penjarakan fizikal (130), membawa penumpang berlebihan (50), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (41), aktiviti pusat hiburan (10), premis gagal patuhi arahan (8) dan lain-lain (51),” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!