Bukan kelibat UFO

Tentera AS mengeluarkan rakaman video memaparkan kelibat UAP yang dikesan pada April lalu. - Foto: Agensi
Tentera AS mengeluarkan rakaman video memaparkan kelibat UAP yang dikesan pada April lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - 'Kelibat fenomena udara tidak dikenali (UAP) sukar dijelaskan'.

Kenyataan itu dikeluarkan menerusi laporan Pejabat Pengarah Risikan Kebangsaan (ODNI) di Amerika Syarikat pada Jumaat yang dinantikan sekian lama yang turut menolak sebahagian daripada kelibat objek misteri itu yang dikesan antara 2004 dan 2021 itu berkemungkinan ialah objek terbang tidak dikenali (UFO).

Menurut laporan itu, penyelidik hanya boleh memberi penjelasan tentang salah satu daripada 144 objek itu yang biasanya dilihat ketika latihan ketenteraan.

"Kira-kira 18 daripadanya yang diperhatikan daripada pelbagai sudut menunjukkan ciri pergerakan atau penerbangan luar biasa dan terbang pada kelajuan luar biasa.

"Sebahagian daripadanya adalah burung, objek buatan manusia seperti dron atau fenomena alam semula jadi. Objek lain mungkin ujian pertahanan rahsia AS atau teknologi canggih yang dihasilkan Rusia atau China. Kita memerlukan teknologi lebih maju untuk mengenal pasti apa sebenarnya UAP.

"Kami berdepan masalah kekurangan maklumat dalam kumpulan data untuk memberikan penjelasan khusus tentang insiden itu," ujar laporan itu.

Sebelum ini, komuniti risikan dan tentera AS telah menjalankan kajian ke atas UAP yang disifatkan sebagai ancaman berpotensi.

"UAP jelas mencetuskan masalah kepada isu penerbangan dan mungkin memberi cabaran kepada keselamatan negara AS," jelas kandungan tersebut lagi yang menyebut sebahagiannya mungkin operasi risikan asing atau teknologi lebih canggih daripada dimiliki tentera negara itu.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, laporan itu didedahkan selepas pelbagai spekulasi tentang kelibat UFO yang dikesan juruterbang tentera mencetuskan tanda tanya banyak pihak.

Pada 27 Disember lalu, bekas Presiden, Donald Trump turut menandatangani rang undang-undang yang memberi tempoh selama 180 hari kepada ODNI untuk mengeluarkan laporan itu dan mengemukakan kepada Kongres. - AFP