Dua lelaki ditahan ketika angkat air ketum

Air ketum yang dirampas daripada dua lelaki di kawasan Ladang Hong Seng, Jalan Mount Erskine pada malam Jumaat.
Air ketum yang dirampas daripada dua lelaki di kawasan Ladang Hong Seng, Jalan Mount Erskine pada malam Jumaat.
A
A
A

GEORGETOWN - Dua lelaki ditahan bersama 100 bungkus air ketum di kawasan Ladang Hong Seng, Jalan Mount Erskine di sini pada malam Jumaat.

Dalam kejadian jam 8.45 malam, kedua-dua lelaki berkenaan dilihat sedang mengangkat tong ais berwarna oren berhampiran tapak pembuangan sampah di ladang itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Pulau Tikus yang melakukan rondaan melihat dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahan mereka.

"Ketika diperiksa, terdapat sebanyak 100 bungkus plastik lutsinar yang mengandungi cecair berwarna hijau disyaki mitragynine dan diikat menggunakan getah.

"Cecair sebanyak 25 liter itu dianggarkan bernilai RM250," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Soffian berkata, kedua-dua suspek berusia 19 dan 21 tahun itu masing-masing tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, kedua-dua lelaki itu juga tidak mempunyai pekerjaan dan siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti tujuan atau suspek lain yang terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: