Pandu uji kereta: MB Kedah sedia dikenakan tindakan

Muhammad Sanusi (tengah) mendengar taklimat berhubung pembinaan Pusat Pendidikan Asnaf Zakat Kedah di Kampung Batu Seketol, Sik pada Sabtu.
Muhammad Sanusi (tengah) mendengar taklimat berhubung pembinaan Pusat Pendidikan Asnaf Zakat Kedah di Kampung Batu Seketol, Sik pada Sabtu.
A
A
A

SIK - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sedia menunggu sebarang tindakan yang dikenakan berhubung kes dakwaan beliau memandu uji kenderaan ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh baru-baru ini.

Menurut beliau, ia bergantung kepada tindakan selanjutnya Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) dan bersedia untuk apa jua keputusan.

"Terpulang kepada pendakwa raya nak berpandangan macam mana? Saya bersedia," katanya ketika ditemui selepas melawat tapak Pusat Pendidikan Asnaf Zakat Kedah di Kampung Batu Seketol di sini pada Sabtu.

Muhammad Sanusi berkata, tuduhan yang mengatakan beliau memandu uji kenderaan adalah tidak tepat.

"Tuduhan saya memandu uji itu tidak tepat, saya duduk sebelah sahaja. Saya bukan ada salah apa, tumpang tengok sahaja, tidak memandu pun.

"Saya telah dikecam di media sosial di luar jangka sehingga menimbulkan kebencian, kemarahan, ulasan luar batasan, ini semua merosakkan.

"Saya terkilaf pi (pergi) tengok kereta, saya pun manusia biasa tetapi jangan fitnah saya macam saya buat kesalahan besar, macam saya merompak wang negara beratus bilion, saya dikecam seolah-olah tiada keluarga dan harap ALLAH balas perbuatan itu dengan setimpal," katanya.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi didakwa memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru ketika kerajaan masih menguatkuasakan Sekatan Pergerakan Penuh.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan berlainan, Muhammad Sanusi berkata, Pusat Pendidikan Asnaf Zakat Kedah yang akan didirikan di tanah wakaf seluas lebih empat hektar di Kampung Batu Seketol, Sik, dijangka mampu memuatkan kira-kira 1,000 pelajar.

Pembinaan yang mengambil masa lebih dua tahun itu membabitkan kos dianggarkan RM12.5 juta menjadi lokasi strategik berlatar belakang pemandangan menarik Tasik Beris, Sik, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat dakwaan MB Kedah pandu uji kereta ketika PKP

MB Kedah tidak pandu uji, beli kereta ketika 'total lockdown'