X

Kindly register in order to view this article
!

'Itu telur ayam bukan telur penyu'- Bung

Bung Moktar merakam gambar bersama telur ayam dan dimuat naik dalam Facebook rasminya pada malam Jumaat.
A
A

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tampil menafikan bahawa beliau menikmati hidangan bersama telur penyu dan menyatakan gambar yang tular itu telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau dalam pada itu turut menyelar tindakan segelintir pihak yang disifatkan 'baling batu sembunyi tangan' apabila sering melemparkan fitnah terhadapnya dan bertujuan menjatuhkan karier politiknya.

"Ini adalah fitnah yang telah dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier politik saya. Gambar ini diambil sebulan yang lalu, sememangnya ini tidak betul," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga berkata, pegawai pembangunan komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang dikenali sebagai Rezo turut membuat penafian perkara itu di akaun Facebook miliknya dan turut dikongsi semula oleh beliau.

"Telur itu bukanlah telur penyu yang dikatakan oleh pihak tidak bertanggungjawab, tetapi itu adalah telur ayam yang sudah direbus dan dikupas untuk hidangan.

"Selain itu, saya bukan penggemar telur penyu kerana kandungan kolesterol yang tidak baik untuk kesihatan saya," katanya.

Sehubungan itu, Bung Moktar menyatakan kesediaannya dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

"Saya juga sedia dipanggil pihak berwajib untuk siasatan jika perlu susulan dakwaan kononnya saya makan telur penyu," katanya.

Sejak Jumaat, tular di Facebook yang memaparkan Bung Moktar sedang bergambar dengan seorang individu di meja makan di mana salah satu juadah didakwa segelintir pihak mirip telur penyu.

Untuk rekod, pengambilan telur penyu di negeri ini adalah dilarang di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah 1997.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah berhubung dengan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk siasatan lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!