Itali buru kemenangan di Wembley

Pemain-pemain Itali giat menjalani latihan sebagai persediaan berdepan Austria di Wembley awal pagi ini.
Pemain-pemain Itali giat menjalani latihan sebagai persediaan berdepan Austria di Wembley awal pagi ini.
A
A
A

ROBERTO Mancini menuntut pemain-pemain The Azzurri memberikan persembahan berbaloi apabila turun menentang Austria pada Pusingan 16 Terbaik Euro 2020 di Stadium Wembley pagi ini.

Itali tampil ke saingan Euro dengan langkah positif apabila menang tiga perlawanan peringkat kumpulan A tanpa bolos sekaligus mengekalkan rentak bersih 30 perlawanan tanpa kekalahan.

The Azzurri akan menentang pasukan sederhana, Austria yang muncul naib juara kumpulan C, dijangka tidak berdepan kesukaran mara Pusingan Lapan Terbaik menentang penyandang juara Portugal atau Belgium di Munich, namun merupakan perlawanan luar Rome pertama mereka.

"Setiap pemain Itali perlu memanfaatkan peluang beraksi di Stadium Wembley, kerana ini merupakan peluang yang sukar diperoleh semua pemain. Wembley merupakan antara arena perlawanan terbaik dunia, dan peluang ini harus digunakan untuk hasil impak positif sesuai dengan status stadium.

"Jadi untuk mendapatkan keputusan berimpak tinggi, pemain perlu merasa teruja apabila dapat berpeluang beraksi di Wembley, arena yang mendapat penghormatan dalam kalangan komuniti bola sepak. Saya percaya pemain-pemain Itali mampu melakukannya," ujar Mancini.

Artikel Berkaitan: