Lebih 7 juta dos vaksin Covid-19 diberikan

Dr Adham Baba - Foto Bernama
Dr Adham Baba - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejak pelaksanaannya hingga semalam, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menyaksikan 7,039,072 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 5,072,714 penerima dos pertama dan 1,966,358 individu menerima suntikan dos kedua vaksin.

“Sebanyak 215,968 suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam," katanya dalam hantaran Twitter beliau pada Sabtu.

Dr Adham berkata, daripada jumlah suntikan vaksin yang diberikan pada Jumaat, 148, 380 merupakan dos pertama manakala 67,588 adalah suntikan dos kedua pelengkap vaksinasi.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 262,635, diikuti Sarawak (202,741), Johor (201,340), Perak (181,545) dan Kuala Lumpur (170,594). - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!