Keputusan STPM 2020 diumum 1 Julai

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis, 1 Julai 2021. Gambar hiasan
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis, 1 Julai 2021. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan peperiksaan bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai ini mulai jam 12 tengah hari.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta atau persendirian individu boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui beberapa kaedah.

“Pertama, semakan keputusan penuh secara dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK pada 1 Julai mulai jam 12 tengah hari.

“Kedua, melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) ringkasan keputusan dengan menaip STPMNo. K/PAngka Giliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai mulai jam 11 pagi sehingga 9 Julai jam 12 tengah hari,” katanya.

Selain itu, MPM berkata, keputusan calon juga akan dihantar terus ke alamat emel pada 1 Julai mulai jam 11 pagi bagi calon yang membekalkan emel mereka kepada pihaknya.

“Bagi calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta atau persendirian individu yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: