Negara kurang vaksinasi berdepan ancaman varian Delta: WHO

 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahkan varian Covid-19 Delta yang pertama kali dikesan di India merupakan varian paling mudah menular dikenal pasti setakat ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahkan varian Covid-19 Delta yang pertama kali dikesan di India merupakan varian paling mudah menular dikenal pasti setakat ini.
A
A
A

GENEVA- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahkan varian Covid-19 Delta yang pertama kali dikesan di India merupakan varian paling mudah menular dikenal pasti setakat ini.

Organisasi Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, varian Delta kini telah merebak di sekurang-kurangnya 85 negara.

Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, WHO bimbang tentang peningkatan jangkauan varian Delta terutamanya dalam kalangan penduduk yang tidak divaksinasi.

"Kita sudah mula melihat peningkatan penularan varian Delta ini di seluruh dunia.

"Lebih banyak kes bermaksud lebih banyak kemasukan ke hospital yang kemudian akan menyebabkan tekanan kepada petugas kesihatan dan sistem kesihatan dan akhir sekali peningkatan jumlah kes kematian.

"Seperti yang kami telah katakan sebelum ini, varian baharu dijangka dan akan terus dilaporkan kerana itulah sifat virus," jelasnya.

Sebelum ini, WHO menyatakan dua dos vaksin Covid-19 mampu memberi perlindungan kuat terhadap varian tersebut.

Namun agensi kesihatan itu memberi amaran kurangnya akses terhadap vaksin di negara-negara miskin yang hanya menerima kurang daripada dua bilion dos setakat ini sekaligus berada dalam risiko.

Artikel Berkaitan:

Tambah Dr Tedros, penularan koronavirus yang tidak diperiksa dapat menyebabkan munculnya lebih banyak varian.

Pihaknya juga menjangkakan lebih banyak varian baharu akan terus dilaporkan kerana sifat virus itu ialah berkembang.