Wales selesa status bukan pilihan

Gareth Bale
Gareth Bale
A
A
A

KAPTEN Wales, Gareth Bale menegaskan The Dragons selesa dengan status bukan pilihan menjelang aksi pusingan 16 terbaik Euro 2020 menentang Denmark, namun tidak memandang rendah kualiti lawan.

Wales menamatkan saingan dengan status naib juara Kumpulan A di belakang Itali mara ke peringkat kalah mati Euro kedua berturut-turut, setelah tampil kali terakhir ke separuh akhir pada edisi 2016.

Denmark pula mara ke pusingan 16 terbaik apabila menang 4-1 ke atas Rusia dalam aksi terakhir kumpulan - beberapa hari selepas insiden Christian Eriksen rebah di padang akibat serangan jantung - dan akan beraksi di Amsterdam.

"Kami kebiasaannya memang berstatus bukan pilihan, dan kami sudah terbiasa.

"Dan itu tidak memberikan sebarang perbezaan pun bagi kami. Itu perkara normal.

"Kami juga memahami situasi yang terjadi kepada Denmark dan jelas kami telah mengirimkan ucapan dengan harapan moga semua beraksi pada tahap terbaik buat Christian Eriksen dan rakan-rakan. Datanglah hari permainan esok. Semoga kami dapat memberikan prestasi yang hebat dan menyelesaikan tugas," katanya.

Artikel Berkaitan: