X

Kindly register in order to view this article
!

'Kami mahu lakar sejarah lagi'

Franco Foda
A
A

PENGENDALI Austria, Franco Foda menegaskan skuad kendaliannya itu mahu mencipta sejarah selepas mengesahkan slot pusingan 16 terbaik Euro 2020 tempoh hari.

Malah menurut Foda, kejayaan mara ke pusingan tersebut juga merupakan pencapaian terbaik Burschen sejak 39 tahun lalu selepas kali terakhir memberi impak pada Piala Dunia 1982 edisi Sepanyol.

“Kami bertekad untuk mencipta sejarah sejak hari pertama sampai ke kejohanan ini, itu matlamat kami. Sejujurnya, ini adalah momen yang ditunggu-tunggu penyokong bola sepak Austria setelah sekian lama,” ujarnya.

Skuad Foda akan menentang skuad sensasi Itali kendalian Roberto Mancini di Stadium Wembley, London pada awal Ahad pagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!