Tuk Seri Hisham jadi PM?

Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein
A
A
A

AWANG tak kisahlah siapa jadi perdana menteri (PM). Bagi Awang, ukurannya mudah sahaja. Siapa yang ada majoriti sokongan di Parlimen, jadilah dia PM. Siapa yang dapat sokongan terbanyak, dialah yang akan berada di atas.

Macam Tan Sri Perdana Menteri sekarang, siapa yang sangka dia jadi PM?

Jadi kalau Tuk Seri Hishammuddin Tun Hussein jadi PM, Awang terima sahaja. Awang rakyat di bawah. Tak reti selok-belok dan percaturan politik. Apatah lagi pasal move itu atau ini.

Tuk Seri Hisham buat laporan polis tentang kononnya ada surat dia mohon perkenan jadi PM daripada Yang di-Pertuan Agong.

Khabarnya surat itu nampak macam asli, dengan cap terima dan sebagainya. Surat itu juga sebutkan bahawa beliau dapat sokongan daripada ahli Parlimen pelbagai parti. Hebat betul perancang surat itu. Teliti sungguh!

Awang kesal sangat kalau betul wujud surat macam itu. Memanglah tujuannya nak jatuhkan nama baik Tuk Seri Hisham. Mungkin ada perancangan teliti nak burukkan nama beliau. Mungkin juga nak bagi orang UMNO marah pada beliau.

Pada pendapat Awang, dalam situasi politik tak menentu seperti sekarang, macam-macamlah cerita yang keluar.

Semuanya nak naikkan suhu politik. Orang politik yang tak suka Tuk Hisham pun melentinglah dan yang sokong pun berteriak juga.

Artikel Berkaitan:

Begitulah politik negara kita, dalam keadaan rakyat susah, masih ada dalang wayang kulit politik yang nak menangguk di air keruh.