MAFI Prihatin serah 200 bakul makanan

Ahmad (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan tersebut kepada wakil petugas barisan hadapan.
Ahmad (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan tersebut kepada wakil petugas barisan hadapan.
A
A
A

MELAKA - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui MAFI Prihatin menyerahkan 200 bakul makanan (Foodbasket) kepada petugas barisan hadapan negara vaksinator di Melaka Tengah, di sini pada Jumaat.

Sumbangan MAFI Prihatin yang diuruskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Pengarah LPP Melaka, Ahmad Fuad Zakaria berkata, bakul makanan diserahkan di tiga lokasi iaitu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Japerun Ayer Molek, PPV Dewan Tun Ali, Bukit Katil dan PPV Dewan Multimedia Universiti, Bukit Beruang, Melaka.

"Sumbangan MAFI Prihatin bertujuan mengenang pengorbanan petugas barisan hadapan negara vaksinator yang memberikan perkhidmatan terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan rakyat negara ini amnya dan di negeri Melaka khususnya akibat pandemik Covid-19.

"Keprihatinan Datuk Seri Ahmad Hamzah bersama pihak LPP turun ke lapangan mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat khususnya petugas barisan hadapan sepanjang usaha mengawal penularan Covid-19.

"Ini secara tidak langsung dapat mempamerkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang terkesan dengan virus itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sumbangan berkenaan diagihkan kepada wakil di setiap Pusat PPV iaitu Ketua Penyelaras Vaksinator di PPV Japerun Ayer Molek, Melaka, Dr Rozita Ghazali; Ketua Penyelaras di PPV di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Dr Munirawati Muhammad dan Ketua Penyelaras Vaksinator di PPV di Dewan Multimedia Universiti, Bukit Beruang, Melaka, Dr Maz Ayu Abd Azis.

Ahmad (kanan) ketika meninjau projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan oleh Zaidi di Unit Bertam Hulu.
Ahmad (kanan) ketika meninjau projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan oleh Zaidi di Unit Bertam Hulu.

Artikel Berkaitan:

Sesi penyerahan sumbangan dilaksanakan secara ringkas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penyerahan disaksikan Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Dr Noor Aizam Mohd Said bersama Ahmad Fuad.

Dalam pada itu, di PPK Melaka Tengah, Ahmad turut meninjau kelangsungan rantaian bekalan makanan menerusi Projek Ternakan Lembu Fidlot yang diusahakan oleh usahawan Zaidi Mohd Saidi, di Unit Bertam Hulu, di bawah PPK Melaka Tengah yang berjumlah 100 ekor.

Turut hadir, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Molek, Melaka, Datuk Rahmad Mariman dan Ahmad Fuad.

Projek berkenaan bermula pada tahun 2003 dan pernah mendapat peruntukan berjumlah RM 7,500 pada tahun tersebut.

Ahmad Fuad berkata, pemasaran lembu oleh PPK Melaka Tengah berjalan lancar bagi memenuhi keperluan daging segar di

pasaran dan untuk keperluan Hari Raya Aidiladha bagi aktiviti korban dan aqiqah.

"Bagi memastikan kelancaran aktiviti pemasaran hasil pertanian semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) LPP Negeri Melaka telah membuka Bilik Gerakan Crisis Management Centre (CMC) yang beroperasi dari 9 pagi hingga 4 petang.

"Sebarang pertanyaan dan aduan boleh hubungi talian hotline LPP di 06-2824310 atau e-mel ke lppmelaka @yahoo.com," katanya.