Kontraktor G1, G2 boleh mohon kebenaran di balai polis

Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh PBT untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek berskala kecil di bawah PBT dalam tempoh fasa satu PKP 3.0 dibenar beroperasi berkuat kuasa serta-merta.
Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik oleh PBT untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek berskala kecil di bawah PBT dalam tempoh fasa satu PKP 3.0 dibenar beroperasi berkuat kuasa serta-merta.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mahu melaksanakan kerja pembinaan projek berskala kecil boleh membuat permohonan di balai polis berhampiran.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, perkara itu diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat selepas sidang khas pengurusan Covid-19 pada Jumaat.

"Sidang khas itu memutuskan pelaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek berskala kecil di bawah PBT dibenarkan beroperasi berkuat kuasa serta-merta, dengan kebenaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Kempatan (KPKT) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kontraktor terbabit boleh memohon dengan membawa dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan bukti projek yang akan dijalankan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, surat kebenaran yang dikeluarkan PDRM tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

"Bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak perlu diperoleh daripada PDRM secara one off.

"Kebenaran yang diperoleh sebelum ini masih terpakai," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontraktor G1, G2 dibenar beroperasi

Artikel Berkaitan: