X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki seludup 460 karton rokok ditahan

Bungkusan hitam berisi rokok seludup yang dirampas anggota PGA Briged Sabah di Lahad Datu. (Gambar kecil: Mohd Abduh)
A
A

LAHAD DATU - Tindakan seorang lelaki menyeludup pelbagai jenis rokok bernilai RM67,800 membawa padah apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah dalam Op Kontraban di Jalan Kawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC), pada pagi Jumaat.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, lelaki berusia 41 tahun yang memandu sebuah van ditahan kira-kira jam 9 pagi.

"Hasil pemeriksaan di bahagian belakang van menemui 19 plastik hitam yang mengandungi 460 karton rokok disyaki rokok seludup.

"Jumlah keseluruhan rampasan termasuk van serta telefon bimbit bernilai RM98,400," katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.

Mohd Abduh berkata, rokok itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar daerah ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!