Modenkan pertanian ikut kreativiti

Golongan muda diantara pemangkin perkembangan sektor pertanian dalam negara.
Golongan muda diantara pemangkin perkembangan sektor pertanian dalam negara.
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan golongan belia dalam program pertanian bagi membantu memodenkan sektor berkenaan mengikut kreativiti semasa.

Timbalan Menteri II, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan juga sentiasa menyediakan pelbagai kemudahan melalui agensi di bawah MAFI.

“Jabatan Pertanian sebagai contohnya turut memberikan insentif sebagai dorongan memajukan bidang pertanian selain berusaha membantu petani dan usahawan tani meningkatkan hasil pengeluaran mereka," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau ditemui selepas meninjau projek fertigasi tanaman timun di Kampung Kubang Palas Banggu milik seorang usahawan tani muda, Mohamad Zulfazli Mohd Ariffin.

Abdullah (kanan) menunjukkan timun yang dikutip di kebun milik Muhamad Zulfazli di sini.
Abdullah (kanan) menunjukkan timun yang dikutip di kebun milik Muhamad Zulfazli di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Demit (ADUN) Demit, Datuk Mumtaz Md Nawi.

Che Abdullah turut memaklumkan Jabatan Pertanian melaksanakan beberapa pendekatan baharu sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) termasuk kerjasama rakan strategik dan penggunaan teknologi pintar seperti Internet of Thing (IoT) selaras dengan Revolusi Industri 4.0.

Mengulas lanjut, dengan usaha yang pelbagai daripada kerajaan dan usahawan tani, sektor pertanian akan dapat membantu industri agro makanan negara memenuhi keperluan makanan negara.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Datuk Mumtaz yang juga Exco Kerajaan Negeri memberitahu, kerajaan Kelantan sentiasa menggalakkan golongan belia bercucuk tanam dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kerja-kerja dengan sumber manusia.

Menurutnya, banyak tanah terbiar yang boleh diusahakan mengikut kreativiti mereka selaras dengan kadar keperluan makanan negara.